Home

  About Us

  Jobs@AMI

  Contact Us

Majlis Perasmian Program Celik Herba & INSEP bagi 'Herbal Plantation & Processing Technology'

Majlis Perasmian Program Celik Herba & INSEP bagi 'Herbal Plantation & Processing Technology' telah diadakan pada 5 September 2005, bertempat di ibu pejabat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Majlis ini telah dilancarkan oleh Dato' Dr Abdul Razak Mohd Ali, Ketua Pengarah FRIM dan dihadiri oleh dif-dif kehormat dan para jemputan. Pada majlis ini juga, para jemputan telah diberi penjelasan mengenai program-program yang dijalankan dalam usaha untuk membangunkan industri herba di Malaysia dan telah dibawa melawat ke tapak semaian FRIM dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di FRIM.

Majlis ini juga dihadiri oleh 46 pelajar. 26 daripada pelajar-pelajar tersebut adalah para pelajar yang mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Industri (INSEP) yang mengkhusus kepada bidang 'Herbal Plantation & Processing Technology' yang dilaksanakan Advanced Manufacturing Institute (AMI) dan Malaysian Herbal Corporation (MHC) dengan sokongan penuh dari FRIM. Manakala baki 20 pelajar lagi adalah pelajar-pelajar yang mengikuti program usahasama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Malaysian Industry-Government Group for High Tehchnology (MIGHT), organisasi induk kepada AMI dan MHC, yang dikenali sebagai 'Strategic MARA-MIGHT Technopreneurship Program' (SMarT). Program SMarT ini juga mendapat sokongan FRIM spenuhnya dan peserta program ini juga mengkhusus kepada bidang yang sama iaitu bidang 'Herbal Plantation & Processing Technology' dengan tambahan modul-modul keusahawanan.

Melalui program INSEP dan SMarT yang dijalankan untuk program berkaitan herba ini, organisasi-organisasi yang bekerjasama menjangkakan akan dapat melahirkan tenaga mahir dan usahawan berjaya yang berpengetahuan dalam bidang teknologi penanaman dan pemprosesan herba untuk membantu negara dalam membangunkan industri pertanian dan bioteknologi dengan pengkhususan kepada industri berkaitan herba. Dengan bekalan tenaga mahir dan tenaga pengurusan yang mencukupi dan berpengetahuan diharapkan dapat menjana peningkatan industri berkaitan herba dengan lebih produktif, berkualiti dan menepati piawai bagi pengeluaran produk berkaitan herba untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.