Home

  About Us

  Jobs@AMI

  Contact Us

Seminar Teknousahawan Bioteknologi 2005


RFID Laboratory

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara dalam era ekonomi berasakan pengetahuan teknologi, negara memerlukan teknousahawan yang berinovatif, berdaya tahan, berkualiti dan mahir dalam bidang keusahawanan, Justeru, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menganjurkan Seminar Teknousahawan Bioteknologi 2005.

Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan peserta dalam bidang-bidang industri bioteknologi, keperluan dan kepentingannya di peringkat nasional dan global. Industri bioteknologi memerlukan teknousahawan menguasai ilmu keupayaan teknologi dan mahir dalam bidang keusahawanan bagi menigkatkan daya saing negara. Seminar ini juga diadakan untuk mengenalpasti peluang-peluang perkongsian perniagaan dengan pengusaha-pegusaha yang sedia ada kukuh dalam perniagaan terutamanya dalam bidang industri bioteknologi dan memperkenalkan badan-badan/pusat-pusat penyelidikan tempatan yang boleh dijadikan rujukan dan khidmat nasihat dalam bidang industri bioteknologi.

Seminar Teknousahawan Bioteknologi ini akan diadakan pada 25 April 2005 di Grand Plaza Parkroyal, Kuala Lumpur selama sehari. Seminar ini akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof. Datuk. Dr. Mohd. Ruddin Abdul Ghani, Setiausaha Parlimen, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Bagi yang berminat untuk menyertai seminar ini, anda adalah dialu-alukan untuk mendaftar dengan pengurus seminar ini iaitu MIGHT-METEOR Advanced Manufacturing Sdn. Bhd. (MIGHT-METEOR). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sales Services, MIGHT-METEOR di talian +60 3 5191 6060 dan di fax + 60 3 5192 7080. Selain itu anda juga boleh melayari laman web MIGHT-METEOR di alamat www.ami.net.my.